Khamis, 4 Jun 2009

Tugasan

1. Lukisan - Gambar pemandangan.
  • Pelajar dikehendaki menghasilkan lukisan hanya menggunakan media kering. Contoh media kering ialah pensil, pensil warna, arang dan lain-lain.
  • Tugasa ini telah diberi pada bulan mac ( pelajar mesti menyiapkan tugasan ini dengan segera untuk penilaian)
2. Reka bentuk grafik - Hasilkan logo diri.
  • Pelajar dikehendaki menghasilkan logo diri menggunakan muka taip (tipografi).
3. Roda Warna - Hasilkan gambar 'still life'
  • Pelajar dikehendaki menghasilkan gambar buah-buahan dan hanya diwarnakan menggunakan warna monokrom sahaja. (contoh karya telah diberi sebelum ini)
  • Tugasa ini telah diberi pada bulan febuari ( pelajar mesti menyiapkan tugasan ini dengan segera untuk penialian)
4. Reka bentuk industri -  Reka bentuk perabot
  • Pelajar dikehendaki menghasilkan lakaran reka bentuk industri berserta hasil kerja akhir. (hasil kerja mestilah seperti yang telah dibincangkan sebelum cuti persekolahan.
5. Folio 
  • Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat berkenaan Batik, Anyaman, Tembikar,Ukiran Kayu, Tenunan dan Seni Tekat.
  • Sumber maklumat :- Buku, internet dan lain-lain.
  • Setiap maklumat mestilah mengandungi
a). Ruang 
b). Masa
c). Gaya
d). Fungsi
e). Makna
f). Karyawan
  • Buat apresiasi dalam bentuk tulisan.
  • Simpan semua hasil carian maklumat untuk dokumentasi.
  • Lengkapkan tugasan dalam kertas A4. 
PERINGATAN

1. Pelajar adalah diingatkan supaya menyiapkan semua tugasan yang telah diberikan. Ini bagi memudahkan penilaian Band dilaksanakan. 
2. Sekiranyanya pelajar gagal berbuat demikian, penilaian band untuk pelajar tidak akan dilakukan.