PENGENALAN1.Seni grafik wujud di sekeliling kita pada setiap hari dan setiap tempat. Contohnya akhbar,
majalah dan lain-lain.
2.Dalam konteks seni, seni grafik merupakan satu istilah kolektif bagi segala reka bentuk yang
berkaitan dengan cetakan, penerbitan dan pembungkusan.
3.Pada tahun 1890 – 1930, kumpulan Avant Garde memperkenalkan istilah Art Nouveu yang
bermaksud “seni baru” .
4.Kumpulan ini telah memberi nafas baru yang menggiat, merangsang dan menghairankan bagi
gaya persembahan catan, arca, dan grafik.
5.Sejarah awal seni gafik juga sering dikaitkan dengan perkembangan industri percetakan
kerana mesin percetakan digunakan untuk meghasilkan poster yang awal.
6.Kini, seni grafik lebih berkaitan dengan komunikasi dan perdagangan.
7.Rekaan grafik tidak hanya dipersembahkan melalui bahan percetakan, bahkan melalui
televisyen, vedio, filem dan komputer.
8.Bidang-bidang grafik beraneka dan lebih meluas. Antara yang popular termasuk:-
a). Reka bentuk koporat
b). Reka bentuk cetakan iklan dan komunikasi
c). Reka bentuk penerbitan umum (akhbar, buku dan majalah).
d). Reka bentuk papan tanda.
e). Reka bentuk pembungkusan.
9.Media utama yang digunakan untuk kerja-kerja grafik termasuk :-
a). Media cetak seperti litografi, fotografi, percetakan
saring sutera dan ofset.
b). Media elektronik seperti komputer dan mesin
percetakan.
c). Media campuran, iaitu menggabungkan kedua-dua media yang disebut dalam (a) dan (b).
10.Rekaan Grafik boleh dipersembahkan kepada masyarakat umum melalui :-
a). Media percetakan seperti risalah, poster, papan iklan, iklan pada pengangkutan, serta
iklan dalam akhbar, majalah dan sebagainya.
b). Media elektronik yang diserikan dengan bunyi (audio) dan pergerakkan (animasi) seperti
wayang gambar, televisyen, persembahan komputer melalui LCD projektor, papan iklan
elektronik dan sebagainya.
TipografiDefinisi dan Pengertian
•Tipografi – seni memilih dan mengatur huruf/muka taip.
•Kaligrafi – tulisan cantik (Kaligrafi Rumi & Tulisan Khat)
Jenis dan Kumpulan Muka Taip•Black Letter/Text Letter- bentuk huruf teks mempunyai elemen-elemen tradisional dan
artistik.
•Serif - terbahagi kepada 2 iaitu Roman Serif dan Square Serif (Slab Serif).
•Sans serif - stroke yang lebar bersih dan statik yang mudah dan sekata.
•Skrip/kursif - mempunyai huruf yang bersambung-sambung.
•Miscellaneous/Novelty - tidak mempunyai karekteristik yang tetap dan jelas.
Pemilihan Tipografi •Readibility (Keboleh Bacaan)
•Merujuk kepada gaya taip, ketebalan taip, jarak antara perkataan, garisan dan perenggan.
• Legibility (Kesesuaian)
•Merujuk kepada keseluruhan rupa visual pada setiap karektor mukataip yang digunakan.
Komposisi Muka Taip •Flush kiri - menggunakan margin sebelah kiri sahaja.
•Flush kanan - menggunakan margin kiri yang lemah menganggu penglihatan mata.
•Justified - menggunakan kedua-dua flush kanan dan flush kiri.
•Centred - aturan yang formal (symmetrical).
•Contour - bentuk tulisan atau teks yang disusun mengikut bentuk.
•Run-around - taip membaluti sekeliling grafik.
•Shaped - aturan teks mengikut rupa garisan yang dibina.
Reka Bentuk Korporat
Definisi dan Pengertian•Identiti seragam dan terkawal, boleh memberi kesatuan positif dengan organisasi pada
pandangan orang awam.
Ciri-ciri Identiti yang Effektif•Simbolisme yang menekankan tentang kesatuan yang ringkas
•Tarikan visual serta mudah dikenali
•Identiti visual sebagai alat promosi
•Identiti visual perlu konsisten
Tahap-tahap Penghasilan Identiti•Kajian, Teras identiti , Aplikasi & Kawalan Jenis-jenis Tandaniaga
•Simbol- tandaniaga yang tidak menggunakan perkataan atau huruf.
•Pictograf- simbol yang merujuk kepada objek, perbuatan, proses atau konsep.
•Lettermark - nama ringkas untuk nama syarikat yang panjang.
•Logo/Logotaip - satu tanda yang berupa perkataan.
•Tanda kombinasi - kombinasi antara simbol dengan logo atau simbol dengan lettermark.
Reka Bentuk Pengiklanan Definisi dan Pengertian•Bentuk-bentuk pengumuman awam yang berbayar.
Jenis-jenis Media Pengiklanan •Media Penyiaran (Televisyen & Radio)
•Kategori Iklan Penyiaran – Jualan terus/fakta, Perbandingan, Animasi, Humor,
Secebis Kehidupan
•Perancangan Produksi – Papan Cerita (storyboard)
Media Cetak (Akhbar & Majalah)
•Kategori Iklan Cetak – Pelancaran (Launch), Bertema (Thematic) Taktik (Tactical)
•Reka Bentuk dan Reka Letak Iklan Cetak – Unsur dan Prinsip Reka letak.
Media Pengiklanan Luar (Poster)
•Kategori Poster - Poster Produk, Poster Perkhidmatan, Poster Informasi & Poster Dekorasi
•Reka Bentuk Poster – Fokus Utama, Unsur & Prinsip Rekabentuk
Reka Bentuk PenerbitanProses Reka Letak
•Kajian, Thumbnails, Rough / semi-comprehensive, Comprehensive & Mekanikal Elemen-
elemen Reka Letak
•Grid, Illustrasi / fotografi, Taipografi, Ruang putih, Tajuk utama, Subhead, Body copy & Caption
Aplikasi Komputer
•Perisian Penerbitan (Desktop Publishing Software)
Reka Bentuk Pembungkusan
Kategori Pembungkusan
•Label, beg kertas, Kotak bungkusan & Pembalut hadiah Maklumat pada Pembungkusan
•Jenama, Senarai Bahan, Nama Syarikat dan Alamat dll.
Jenis-jenis Pembungkusan•Pembungkusan Kertas, Plastik, Polisterin, Tin dll.
Papan Pamer Pembungkusan
•Jenis dan Bahan Penghasilan
Reka Bentuk PenerbitanPelaksanaan
•Idea diperjelaskan dengan membuat lakaran kasar mengikut saiz sebenar dan lengkap.
Penilaian
•Proses menerang dan menghuraikan idea, format, warna, tipografi, ilustrasi dan sebagainya.
Jenis Proses Reka Bentuk
Proses Linear
Satu tahap diikuti dengan satu tahap lain di dalam satu garis lurus.